PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 6,918 kes sekali gus mengatasi kes positif iaitu 5,911 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 72 kes kematian dicatatkan dengan 886 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 441 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 64,523 kes aktif.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,111 kes diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498), Kuala Lumpur (483), Perak (245), Kelantan (223), Kedah (204) dan Sabah (201).
“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Labuan (185), Pulau Pinang (167), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56), Putrajaya (tiga) manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE