690 warga asing diperiksa patuh SOP - Utusan Malaysia

690 warga asing diperiksa patuh SOP

SEBAHAGIAN warga asing yang diperiksa sepanjang operasi penguatkuasaan pematuhan SOP PKP 3.0 oleh JIMNS di negeri ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 690 orang warga asing di negeri ini telah diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) sepanjang 10 hari operasi penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 3.0 setakat ini. 

Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi tersebut telah dijalankan di 181 premis yang melibatkan golongan warga asing seperti di pasar raya, restoran, kilang, tapak pembinaan serta pelbagai jenis kedai. 

“Pemeriksaan pemantauan meliputi kesemua tujuh daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Port Dickson dan Tampin.

“Sehingga hari ini, pasukan penguatkuasaan JIMNS telah membuat pemeriksaan di 181 buah premis yang terdiri daripada lima buah pasar raya, restoran (38), kilang (tujuh), kedai (46), pasar awam (sembilan), bank (empat) dan tempat ibadah (satu),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kennith, pemantauan turut dilakukan di premis terminal pengangkutan awam seperti stesen-stesen bas dan jeti penumpang. 

“Pemeriksaan ke atas 690 warga asing tersebut mendapati mereka mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut terlibat dalam Operasi Bersepadu Pematuhan SOP Covid-19 yang turut disertai oleh pelbagai agensi lain termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. 

“Operasi Bersepadu ini dilakukan di sekitar kawasan industri di Nilai dan pemeriksaan telah dilakukan ke atas 152 orang warga asing yang merupakan pekerja-pekerja di kawasan kilang yang diperiksa.

“Sepanjang pemantauan oleh pasukan penguatkuasa JIMNS, premis dan wargaasing yang diperiksa didapati amat mematuhi SOP PKP 3.0 yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya