PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes sembuh Covid-19 iaitu 6,861 kes berbanding semalam, 7,730 kes sekali gus mencatatkan jumlah kes yang hampir sama dengan kes positif iaitu 6,440 kes, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 74 kes kematian dicatatkan dengan 894 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 451 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 65, 602 kes aktif.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,095 diikuti Negeri Sembilan (870), Kuala Lumpur (816), Johor (592), Sarawak (536), Perak (357) dan Melaka (223).
“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (200), Sabah (199), Kedah (159), Labuan (152), Pulau Pinang (122), Pahang (79), Terengganu (32) manakala Putrajaya (6) dan Perlis (2),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE