6 lagi PPV dibuka di Perak bulan depan - Utusan Malaysia

6 lagi PPV dibuka di Perak bulan depan

MOHD. Akmal Kamaruddin (kiri) berbual dengan seorang penerima vaksin Covid-19 ketika melawat Klinik Kesihatan Sungai Bayor di Larut hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Sebanyak enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 akan dibuka di negeri ini awal bulan depan bagi meningkatkan jumlah pemberian vaksin kepada rakyat terutama penduduk luar bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau  negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, PPV yang akan dibuka ialah di Dewan Permai Selama, Dewan Majlis Daerah Gopeng, Dewan Inderawati  Beruas, Dewan Besar Felcra Seberang Perak, Dewan Merdeka Lenggong dan Dewan Sungai Siput.

Menurutnya, PPV yang akan dibuka itu mempunyai kapasiti 400 orang manakala Dewan Inderawati Beruas sehingga 600 orang.

“Jumlah penerima dos di enam PPV baharu ini ialah seramai 2,600 sehari dan ini akan meningkatkan jumlah rakyat yang menerima vaksin,” katanya kepada pemberita selepas lawatan Klinik Kesihatan Sungai Bayor di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga 16 Jun lalu, seramai 233,298 orang di negeri ini telah menerima suntikan vaksin dos pertama manakala 138,403 telah melengkapkan dos kedua.

Katanya, program outreach yang dilaksanakan di Klinik Kesihatan Sungai Bayor, Selama di sini mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Seramai 600 orang telah mendaftar sejak empat hari lalu bagi mendapatkan suntikan vaksin di klinik ini.

“Hari pertama PPV ini dibuka hari ini, seramai 150 orang diberikan suntikan dan 150 penerima lagi akan menerima suntikan esok manakala bakinya akan diberikan suntikan di PPV Selama,” katanya.

Menurutnya, pembukaan PPV di Selama akan membolehkan seramai 28,000 penduduk di 36 buah kampung di daerah itu menerima suntikan vaksin.

“Penerima vaksin tidak lagi menempuh perjalanan jauh sehingga ke Taiping untuk menerima vaksin,” katanya.   – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya