54 dikompaun gara-gara berjoging, berkumpul di kawasan larangan - Utusan Malaysia

54 dikompaun gara-gara berjoging, berkumpul di kawasan larangan

SHAMSUL AMAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG : Gara-gara tidak mempedulikan arahan supaya tidak berjoging dan berkumpul di kawasan larangan  membawa padah kepada 54 orang yang dikompaun RM2,000 setiap seorang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam kenyataan akhbarnya hari ini berkata, kesemua mereka yang diambil tindakan itu berusia antara 17 hingga 40 tahun kerana kesalahan berkumpul dan berjoging di  Jambatan Muda Nala, di sini yang telah ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

“Bertindak ke atas aduan awam berkaitan aktiviti berkumpul dan berjoging di Jambatan Muda Nala, sepasukan anggota Team Enforcement Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan diketuai oleh seorang pegawai telah menghala ke jambatan tersebut pada pukul 6 petang (semalam). 

“Apabila tiba di lokasi aduan, kita mendapati terdapat ramai orang awam telah meletakkan kenderaan berdekatan tempat halangan batu dan berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah ditutup semasa PKP 3.0,” katanya hari ini.

VIDEO awam yang tular menerusi aplikasi WhatsApp sejak malam tadi menunjukkan beberapa kereta polis dan orang awam yang berada di atas Jambatan Raja Muda Nala.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar memberitahu, pegawai Team Enforcement berkenaan bertindak menghubungi pusat kawalan berkaitan Covid-19 peringkat Kontinjen Selangor.

Ujarnya, pihak terbabit mendapat arahan untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang berada di lokasi aduan dan turut menerima bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.”

“Siasatan mendapati mereka yang berada di situ bukan sahaja penduduk di kawasan sekitar tetapi juga dari luar kawasan berkenaan,” ujarnya.

Video berdurasi 0.29 saat itu tular menerusi aplikasi Whatsapp sejak malam tadi menunjukkan beberapa kereta polis serta orang awam berada di atas Jambatan Raja Muda Nala.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya