522 pelajar dapat semua 'A' di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

522 pelajar dapat semua ‘A’ di Negeri Sembilan

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 522 orang atau 3.28 peratus pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di negeri ini memperoleh keputusan semua ‘A’ dalam mata pelajaran yang diambil mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah tersebut daripada 14,731 pelajar daripada 123 sekolah di negeri yang menduduki peperiksaan tersebut bermula Februari lalu.

“Bagi tahun 2020, Gred Purata Sekolah (GPS) Negeri Sembilan meningkat kepada 4.50 berbanding 4.58 pada tahun 2019. Tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM 2020 Negeri Sembilan.

“Anak-anak saya di seluruh negeri harus dipuji kerana berjaya menduduki peperiksaan walaupun dalam iklim pembelajaran yang sangat tidak menentu akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan kepada pelajar terbabit, keputusan SPM bukanlah pengakhiran kehidupan.

“Sebaliknya, jadikan keputusan yang diperoleh sebagai satu titik mula untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan di masa akan datang.

“Pesan saya, teruskanlah berusaha dan memperbaiki diri agar kita dapat membalas jasa ibu bapa yang membesarkan kita, insya-Allah,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya