PETALING JAYA: Sebanyak 4,743 kes penularan Covid-19 direkodkan hari ini yang menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 4,611 kes.
Selangor terus menjadi penyumbang terbesar penularan wabak itu dengan merekodkan sebanyak 1,566 kes penularan dan diikuti dengan Kuala Lumpur yang merekodkan 635 kes.
Perlis kekal merekodkan satu digit iaitu dua kes penularan Covid-19 dan disusuli dengan Putrajaya iaitu tujuh kes.
Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 ialah Kedah (142), Sabah (193), Labuan (104), Pulau Pinang (195), Pahang (131), Terengganu (37), Perak (68), Kelantan (165) dan Melaka (167).
Jumlah keseluruhan kes wabak Covid-19 dalam negara ketika ini adalah 705,762 kes.- UTUSAN ONLINE