4 PATI tangkap ikan di zon larangan dicekup - Utusan Malaysia

4 PATI tangkap ikan di zon larangan dicekup

BOT nelayan Kelas C dikendalikan empat PATI dikesan menangkap ikan di zon larangan dekat Pulau Jarak, dekat Lumut semalam. - UTUSAN/IHSAN MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja dengan bot nelayan tempatan ditahan selepas didapati menangkap ikan di zon larangan dekat Pulau Jarak, petang semalam.

Bot nelayan tempatan kelas C itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak kerana melanggar syarat sah lesen pada jarak kira-kira 7.8 batu nautika barat laut Pulau Jarak sekitar pukul 4.50 petang.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Shahrizan Raman berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan dalam keadaan mencurigakan oleh Kapal Maritim (KM) Malawali ketika sedang melakukan rondaan bersepadu Op Benteng dan Op Sayong.

“Bot itu dikesan melalui radar kapal dan menjalankan aktiviti perikanan dalam zon perairan yang tidak dibenarkan, sebelum berjaya ditahan dan digeledah bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati empat kru warga negara Myanmar termasuk tekong berumur sekitar 25 hingga 30 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, mereka dipercayai menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan dengan tidak mematuhi syarat sah lesen bot Kelas C iaitu tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perikanan kurang daripada 15 batu nautika.

Katanya, kesemua nelayan asing itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu enangkap ikan kurang dari 15 batu nautika.

Jelasnya, mereka juga melakukan kesalahan si bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6(1)(c) kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen yang sah.

“Kesemua kru dan hasil tangkapan dianggarkan 300 kilogram bersama bot tahanan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu,Sitiawan dan tiba sekitar pukul 11.50 malam tadi untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Perak bagi tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE
o

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya