4 juta dalam akaun simpanan kurang RM5,000, rakyat terdesak - Utusan Malaysia

4 juta dalam akaun simpanan kurang RM5,000, rakyat terdesak

AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terkejut dengan kenyataan hampir empat juta rakyat di negara ini memiliki kurang RM5,000 dalam akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka.

Presidennya,Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, dalam jangkaan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpotensi akan berpanjangan beberapa waktu lagi, bagaimana kumpulan ini mampu bertahan.

“Walaupun ada bantuan daripada skim pemulihan kerajaan, akan tetapi kami tidak nampak rakyat dalam kelompok ini boleh memenuhi keperluan asas sedangkan kos makanan terus meningkat.

“Kerajaan perlu merancang suatu skim sara diri yang lebih menjamin supaya rakyat bawahan boleh meneruskan kehidupan dengan keperluan yang asasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Azmi berkata, beliau berpendapat kaedah yang sesuai harus difikirkan agar peraturan PKP disesuaikan dengan keperluan rakyat agar mereka masih tetap berpeluang memperoleh pendapatan sara diri atau kekal dalam pekerjaan.

Katanya, laporan ratusan ribu syarikat dan usahawan kecil terpaksa membuang pekerja dan menutup operasi akan menjejaskan kehidupan ratusan ribu isi keluarga.

“Kini keadaan yang tidak menentu telah mengakibatkan mereka yang menerima upah harian terjejas teruk. Bilangan golongan yang tinggal di perumahan rakyat yang kehabisan wang sangat bergantung kepada bantuan.

“Fenomena kibar bendera putih untuk mengisyaratkan isi rumah berkenaan memerlukan bantuan kecemasan sangat mengejutkan,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya masih keliru apabila kerajaan masih terus mengatakan keadaan ekonomi di Malaysia menunjukkan tanda yang positif dan pelaburan luar pula meningkat.

Sebaliknya jelas beliau, realiti masalah kewangan yang berlaku dalam kalangan rakyat pertengahan M40 dan bawahan B40 sangat tenat dan meruncing. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya