29 notis tutup kilang gagal patuh SOP sejak 1 Jun - Utusan Malaysia

29 notis tutup kilang gagal patuh SOP sejak 1 Jun

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 29 kilang di seluruh negara dikenakan notis tutup premis kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sejak sekatan pergerakan penuh 1 Jun lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan sebanyak 187 pemeriksaan yang turut menyaksikan sejumlah 43 premis terlibat dikenakan kompaun.

“Ia hasil pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan SOP Covid-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari bermula awal bulan ini selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan hanya sejumlah sektor ekonomi dibenarkan beroperasi yang termasuk dalam senarai keperluan dengan dihadkan 60 peratus daripada kapasiti pekerja.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut sudah mengeluarkan sebanyak 41 kompaun sejak tarikh berkenaan.

“Ia melibatkan premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP PKP 3.0 dengan seramai 2,262 penguat kuasa digerakkan meliputi peruncitan, pemborongan dan restoran,” kata beliau.

Pihak kerajaan ujarnya, sentiasa meningkatkan kegiatan penguatkuasaan dan tidak akan teragak-agak bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan.

Setakat ini, beliau bersyukur hasil pemantauan dan pemeriksaan oleh pihak kementerian tersebut mendapati bekalan makanan adalah masih stabil dan mencukupi di seluruh negara.

Semalam, penguat kuasa kementerian itu membuat 928 pemantauan harian yang melibatkan 10 jenis bekalan barangan di sejumlah 747 peruncit, 150 pemborong dan 31 pengilang termasuk melakukan 2,301 pemeriksaan khas pematuhan SOP sepanjang PKP 3.0 dengan hanya sebanyak 20 premis yang terlibat dikenakan kompaun semalam. -DONE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya