23 lagi kes varian baharu Covid-19 dikesan - Utusan Malaysia

23 lagi kes varian baharu Covid-19 dikesan

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) iaitu 19 kes varian Beta (B.1.351) dan empat kes varian Delta (B.1.617.2).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penemuan itu hasil survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 dijalankan secara berterusan bermula 3 Jun sehingga 8 Jun lalu.

Katanya, kes varian Beta (B.1.351) melibatkan lapan kes di Selangor, tiga kes di Putrajaya, masing-masing dua kes di Kuala Lumpur, Melaka, dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Perak dan Perlis.

“Empat lagi kes baharu bagi varian Delta (B.1.617.2) adalah masing-masing dua di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Sehingga semalam, jumlah kumulatif kes yang dikategorikan VOC dan Varian Berkepentingan (VOI) adalah 161 kes di mana 145 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, VOC yang dilaporkan adalah 123 kes varian Beta (B.1.351) iaitu semua kes jangkitan tempatan, 13 kes varian Delta (B.1.617.2) iaitu lapan kes jangkitan import dan tiga kes jangkitan tempatan dan sembilan kes varian Alpha (B.1.1.7) iaitu lima jangkitan import dan empat kes jangkitan tempatan.

“Bagi VOI pula, 12 kes adalah varian Theta (P.3) iaitu kesemua kes jangkitan tempatan, tiga kes adalah varian Eta (B.1.525) iaitu jangkitan import) dan satu kes varian Kappa (B.1.617.1), jangkitan import,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan 19 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan adalah VOC iaitu empat kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351) susulan survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 dijalankan secara berterusan dari 24 Mei 2021 hingga 4 Jun 2021.

Noor Hisham berkata, varian Delta (B.1.617.2) yang dahulunya dikenali sebagai varian India adalah sebanyak tiga kes di Labuan melibatkan jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan manakala satu kes di Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan.

“Bagi 15 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang dahulunya dikenali sebagai varian South Africa pula, sebanyak enam kes dilaporkan di Johor, lima kes di Kelantan serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu di mana semuanya jangkitan tempatan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya