20 pelajar panjat bukit dapatkan capaian internetat bukit 'cari' internet - Utusan Malaysia

20 pelajar panjat bukit dapatkan capaian internetat bukit ‘cari’ internet

KHAIRUL Nur Najwa Khairul Faizi (kiri) bersama bersama adiknya, Khairul Nur Aishah (tengah) dan Khairul Nur Dania terpaksa mencari tempat tinggi bagi mendapatkan capaian internet lebih lancar di Kampung Terap Dalam, Bandar Baharu, Kedah. – UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Lebih 20 pelajar dari Kampung Terap Dalam di sini terpaksa mencari kawasan lebih tinggi atau berbukit untuk mendapatkan liputan internet yang lebih baik bagi menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Seorang penduduk, Khairul Faizi Ahmad, 47, berkata, tiga anaknya yang masih bersekolah mengalami kesukaran untuk belajar secara dalam talian berikutan liputan internet di rumah sangat lemah.

Katanya, masalah tersebut mendorongnya membawa anak-anaknya itu ke kawasan lebih  tinggi  di luar rumah bagi mendapatkan capaian internet yang lebih lancar.

“Walaupun keadaan kurang selesa, anak-anak tetap perlu mengikut PdPR bagi mengelak ketinggalan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Khairul Faizi yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia mempunyai tujuh orang anak dengan lima daripadanya masih bersekolah iaitu tiga di (SK) Sungai Salleh dan dua lagi di sekolah pondok.

Ujarnya, tiga anaknya yang belajar di SK Sungai Salleh dan mengikuti PdPR ialah Khairul Nur Najwa, 11; Khairul Nur Aishah, 10; dan Khairul Nur Dania, 8.

Sementara itu, katanya, beberapa bulan lalu ada beberapa pihak yang membuat tinjauan  ke kawasan kampung dipercayai untuk menambah pencawang telekomunikasi tetapi belum ada perkembangan baharu.

Tambahnya, selain Kampung Terap Dalam, penduduk di Kampung Seribu Relong turut menghadapi masalah talian telefon dan internet.

Seorang lagi penduduk, Idris Darus, 46, berkata, talian telekomunikasi dan internet  di kampung itu sering bermasalah dan anaknya yang hendak mengikuti kelas online terpaksa naik ke kawasan berbukit untuk mendapatkan internet.

“Saya berharap capaian internet di kawasan kampung dapat dinaik taraf bagi melancarkan sesi PdPR anak-anak di sini,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya