19 kes varian baharu jenis VOC dikesan minggu ini - Utusan Malaysia

19 kes varian baharu jenis VOC dikesan minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 19 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang dilaporkan, dengan  kesemuanya adalah varian yang membimbangkan (VOC) iaitu empat kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penemuan susulan survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 dijalankan secara berterusan dari 24 Mei 2021 hingga 4 Jun tahun ini.

Katanya, varian Delta (B.1.617.2) yang dahulunya dikenali sebagai varian India adalah sebanyak tiga kes di Labuan melibatkan jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan manakala satu kes di Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan, .

“Bagi 15 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang dahulunya dikenali sebagai varian South Africa pula, sebanyak enam kes dilaporkan di Johor, lima kes di Kelantan serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu di mana semuanya jangkitan tempatan.

“Sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Berkepentingan (VOI) adalah sebanyak 138 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 122 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, pihaknya akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan Covid-19.

“Selain itu, kementerian akan melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes, serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini dalam komuniti,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya