164 pusat sembelihan laksana ibadah korban di Johor - Utusan Malaysia

164 pusat sembelihan laksana ibadah korban di Johor

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Proses sembelihan, melapah dan membungkus daging korban sempena sambutan perayaan Aidiladha di Johor pada tahun ini akan dilaksanakan di 164 buah pusat sembelihan berdaftar di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, perkara itu dipersetujui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor dan wakil pusat sembelihan.

Katanya, jumlah petugas dibenarkan berada di pusat sembelihan pada satu-satu masa adalah seramai 25 orang.

“Ibadah korban yang dilaksanakan adalah terbuka dan tidak tertakluk kepada ibadah korban wajib atau ibadah korban sunat kali pertama sahaja.

“Waktu operasi pusat sembelihan yang dibenarkan adalah bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam untuk empat hari pertama sambutan Aidiladha,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Tosrin, jawatankuasa masjid, surau atau penganjur akan mengambil daging yang telah dibungkus oleh pusat sembelihan untuk diagihkan secara terus kepada asnaf yang layak.

“Kawasan masjid atau surau adalah tidak dibenarkan untuk diadakan apa-apa aktiviti sama ada menyembelih, melapah, memotong, menimbang atau membuat agihan.

“Sebarang aktiviti di premis berkenaan tidak dibenarkan kerana dibimbangi akan mencetuskan kluster korban memandang kes positif Covid-19 di Johor masih tinggi,” ujarnya.

Sehubungan itu, Tosrin mengingatkan pusat sembelihan agar melaksanakan ibadah berkenaan dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan antaranya termasuklah pemakaian pelitup muka, pendaftaran MySejahtera, sentiasa menggunakan bahan pembasmi kuman dan menjaga penjarakan fizikal,” jelasnya.

164 pusat sembelihan yang akan melaksanakan ibadah itu melibatkan kesemua 10 daerah di negeri ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya