150 terima vaksin di PPV Bukit Gambir - Utusan Malaysia

150 terima vaksin di PPV Bukit Gambir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Muafakat Johor, Bukit Gambir, dekat sini sudah memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada 150 penerima pertama pada Selasa lalu.

Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Johor berkata, PPV dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir itu melibatkan 45 petugas daripada pelbagai agensi.

Menurutnya, seramai 408 orang lagi akan menerima suntikan pertama masing-masing pada 6 dan 8 Jun ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Sementara di kawasan Parlimen Pagoh, pentadbiran daerah menerusi Pejabat Kesihatan Daerah juga mengambil inisiatif dan memohon pembukaan sebuah PPV di situ bagi menjayakan PICK atas faktor jarak dan pengangkutan.

“Susulan itu, pada 11 Mei lalu, Dewan Serbaguna Pagoh telah diluluskan sebagai PPV (bukan kesihatan) kedua di daerah Muar dengan  janji temu pertama ditetapkan pada Ahad ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, sebuah portal berita melaporkan artikel bertajuk Wakil rakyat Pakatan Harapan terkejut kawasan Muhyiddin tak ada pusat vaksin yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong dan ADUN Skudai, Tan Hong Pin.

Tambah CITF Johor, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ahli Parlimen Pagoh dan ADUN Gambir sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengutamakan kepentingan, kebajikan dan kesihatan rakyat terjamin setiap masa.

“Sehubungan itu, CITF Johor menyeru semua pihak sama ada wakil rakyat kerajaan mahupun PH serta rakyat supaya sentiasa berganding bahu dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya