128,150 dibenarkan operasi sepanjang PKP3.0 - Utusan Malaysia

128,150 dibenarkan operasi sepanjang PKP3.0

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 128,150 syarikat dengan melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh negara yang berdaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 diberikan surat kebenaran operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah itu berdasarkan daripada keseluruhan permohonan 586,308 syarikat di samping melibatkan 10.2 juta pekerja yang berdaftar dengan CIMS.

Katanya, jumlah 128,150 syarikat terlibat melibatkan 21.86 peratus itu memperoleh kelulusan kebenaran operasi dengan pematuhan ketat kepada prosedur standard operasi (SOP) baharu.

“Kelulusan ini bukan hanya meliputi sektor pembuatan sahaja kerana ia melibatkan sektor lain daripada 15 kementerian lain,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kerajaan sebelum ini menyenaraikan 17 senarai perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 3.0 dengan kapasiti tenaga kerja dihadkan kepada 60 peratus.

Sektor yang dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) meliputi sektor pembuatan, pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi, pembinaan dan perdagangan pengedaran. 

Sehingga kini, sejumlah 15 kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

Dalam masa sama, Mohamed Azmin turut menjelaskan sektor kimia serta elektrik dan elektronik dikategorikan sebagai perkhidmatan penting kerana sektor tersebut berkait rapat dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin.

Menurutnya, surat kelulusan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 bukan hanya dikeluarkan oleh kementeriannya sahaja dengan memberi contoh Bank Negara dan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Pengangkutan mengguna pakai sistem dalaman masing-masing bagi tujuan yang sama.

“MITI bukan penentu tunggal dalam memutuskan sama ada sesuatu sektor perniagaan dianggap sebagai perkhidmatan penting atau sebaliknya,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya