PETALING JAYA: Kes jangkitan baharu Covid-19 pada hari ini dilaporkan sebanyak 7,703 kes berbanding 7,105 kes, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 587,165 kes.
Katanya, kes tertinggi dilaporkan masih di Selangor dengan 2,728 kes diikuti Kuala Lumpur (701); Sarawak (588); Negeri Sembilan (586); Johor (554) dan Kelantan (541).
“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan Putrajaya mencatatkan kes terendah iaitu hanya satu kes,” katanya dalam Facebook, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE