1,000 sukarelawan Southern Volunteers turun padang - Utusan Malaysia

1,000 sukarelawan Southern Volunteers turun padang

ONN Hafiz Ghazi (tengah) meninjau persiapan pusat pemberian vaksin ketika mengadakan lawatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kira-kira 1,000 sukarelawan daripada Southern Volunteers dijangka  digerakkan ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri ini pada minggu hadapan bagi membantu kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, buat masa ini, seramai 460 sukarelawan telah ditempatkan sedang membuat persiapan akhir bagi memberi bantuan di 21 PPV.

Katanya, sukarelawan ini berperanan membantu Jabatan Belia dan Sukan melalui Program Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) sepanjang Fasa 2 PICK berlangsung. 

“Menyambut baik titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar Southern Volunteer digerakkan ke kesemua PPV, dijangka seramai 1,000 sukarelawan lagi akan digerakkan ke semua PPV pada minggu depan.

“Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor sahaja terdapat seramai 120 sukarelawan

ditempatkan. Ini adalah jumlah yang diperlukan dan kita tidak ada masalah untuk menambah bilangan tersebut,” katanya selepas taklimat persediaan sukarelawan Southern Volunteers di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz memberitahu, Tunku Ismail turut berkenan memberikan sumbangan sebanyak 100 buah kerusi roda untuk diagihkan di kesemua PPV di Johor.

Katanya, sumbangan kerusi roda ini amat bermakna bagi memudahkan pergerakan penerima vaksin Astrazeneca yang sudah uzur pada hari pemberian vaksin bermula Isnin ini. 

Selain itu, pihaknya akan berbincang dengan jabatan kerajaan berkaitan bagi penggunaan aset untuk memudahkan keperluan logistik ke kawasan terbabit. 

“Orang ramai dinasihatkan untuk tiba awal setengah jam sebelum waktu temu janji dan tidak datang terlalu awal bagi mengelakkan kesesakan. Bagi warga emas yang kurang sihat, kita telah minta pihak berkenaan untuk mempertimbang kemudahan logistik sekiranya terdapat kekangan,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya