10 ZPT dapat bantuan dana segera KeTSA - Utusan Malaysia

10 ZPT dapat bantuan dana segera KeTSA

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM179,426 yang akan disalurkan kepada 10 premis Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) selepas terjejas teruk dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, peruntukan awal Bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar disalurkan melalui Akaun Amanah Konservasi Biodiversiti di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar pada kali ini adalah berdasarkan permohonan bagi keperluan segera 10 premis ZPT berkenaan.

“Kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa komited dalam membantu sektor di bawah kawalan kementerian yang terkesan termasuklah dalam memastikan kebajikan rakyat ditingkatkan dan perlindungan hidupan liar terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Anuar berkata, bantuan ini adalah kesinambungan terhadap bantuan yang disalurkan sebelum ini semasa PKP tahun 2020, sejumlah RM3.9 juta peruntukan daripada kerajaan dan RM500,000 daripada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di bawah program tanggungjawab sosial korporat disalurkan secara berperingkat kepada 25 ZPT yang terjejas bermula Mei 2020.

“Bantuan itu diberi selepas semua ZPT ketiadaan sumber pendapatan akibat daripada tiada kutipan tiket masuk.

“Ia menyebabkan ZPT terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi termasuk bagi menyediakan bekalan makanan, ubat-ubatan dan pengurusan
Husbandri,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya