10 bungkusan bangkai ayam dibuang ke sungai - Utusan Malaysia

10 bungkusan bangkai ayam dibuang ke sungai

BUNGKUSAN berisi bangkai ayam yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Lipat Kajang, Kota Tinggi di Johor. -UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kira-kira 10 bungkusan besar berisi bangkai ayam ditemukan terapung di sepanjang anak sungai di Kampung Lipat Kajang, di sini dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Hahasrin Hashim berkata, keadaan itu dipercayai bukan pertama kali berlaku sebaliknya telah berulang kali bahkan ada pihak yang telah dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut.

Katanya, pihaknya mahu tindakan tegas dikenakan ke atas pelaku agar perbuatan berkenaan tidak lagi terus berulang, lebih-lebih lagi sungai berkenaan mengalirkan air ke Sungai Johor yang menjadi sumber air mentah penduduk.

“Saya meninjau sendiri sekitar anak sungai yang terletak di Kampung Lipat Kajang selepas menerima aduan berlaku pembuangan bangkai ayam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita sifatkan ini perbuatan khianat kerana bukan pertama kali berlaku.

“Kita dapati kira-kira 10 bungkusan besar yang berisi bangkai ayam terapung di sepanjang anak sungai dipercayai dibuang petang semalam. Kita khuatir situasi ini akan memberi risiko kepada kualiti air, persekitaran dan kesihatan awam. 

“Oleh itu kita mohon siasatan lanjut dilakukan oleh pihak berkenaan dan mengenakan tindakan yang lebih keras ke atas pelaku agar perkara seperti ini tidak sewangnya berulang lagi,” katanya.

Katanya ketika melakukan tinjauan di anak sungai berkenaan bersama Pegawai Veterinar Daerah, Khairi Suradi dan Ketua Kampung Semangar, Mohd. Fadil Md. Sari.

Hahasrin berkata, pihak Pegawai Daerah Kota Tinggi, Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), Ranhill SAJ Sdn. Bhd. dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor juga sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan.

Sementara itu, satu laporan polis turut dibuat oleh Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Mohd. Fadzlan Mohd. Zin di Balai Polis Batu Ampat selepas tinjauan tersebut bagi menuntut tindakan tegas diambil ke atas pelaku.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya