YIDE sumbang RM775,800 kepada anak yatim - Utusan Malaysia

YIDE sumbang RM775,800 kepada anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) meneruskan acara tahunan bagi membantu 7,758 anak-anak yatim dengan memberi sumbangan Aidilfitri.

Pengurus Besarnya, Nur Mohd. Razali Abdullah berkata, sumbangan sebanyak RM775,800 telah diberikan dan dikreditkan melalui kaedah pindahan dalam talian ke setiap akaun bank anak anak yatim terbabit.

Menurutnya, setiap anak-anak yatim menerima RM100 hasil sumbangan orang ramai, syarikat korporat serta anak syarikat kerajaan serta sumbangan tetap daripada akaun Tabung Amanah Anak Yatim, Majlis Agama Islam Selangor.

“Dalam mengekang penularan Covid-19 dan faktor keselamatan, majlis penyerahan bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah dibatalkan.

“Bagaimanapun, terdapat kes-kes terpencil antaranya penjaga dan anak-anak yatim tiada akaun bank dan kita turun padang untuk menyerahkan sendiri melalui serahan tangan bagi memastikan mereka turut merasai sumbangan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, sumbangan kepada anak yatim melibatkan sembilan daerah iaitu Klang 1,508; Hulu Langat (1,392); Petaling (1,155); Gombak (1,057); Kuala Selangor (841); Kuala Langat (543); Hulu Selangor (527) ; Sabak Bernam (392) dan Sepang sebanyak 343 orang.

Orang ramai boleh membuat sumbangan terus ke akaun korporat YIDE, Bank Islam 1223 4010 0073 30 atau 017-756 9476 atau 017-756 9478. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN