Wong Sai Wan lambang kewartawanan berkualiti - PM - Utusan Malaysia

Wong Sai Wan lambang kewartawanan berkualiti – PM

WONG SAI WAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan yang meninggal dunia awal pagi ini.

Perdana Menteri menyifatkan mendiang seorang mentor yang hebat kepada ramai wartawan dahulu dan kini selain terkenal dengan kebaikan dan kerendahan hatinya.

“Datuk Wong Sai Wan yang saya kenal selama bertahun-tahun dan merupakan lambang kewartawanan berkualiti, akan terus dikenang.

“Ingatan dan doa saya bersama keluarga mendiang dalam masa sukar ini. Semoga rohnya tenang,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Wong Sai Wan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat Selangor, awal pagi tadi.

Mendiang meninggal dunia pada pukul 5 pagi dan perkara tersebut disahkan oleh anak mendiang, Wong Chee Mun.

Kata Chee Mun, bapanya mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar dan dimasukkan ke hospital baru-baru ini kerana kurang sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya