Warga Indonesia hilang ketika menangkap ikan ditemukan mati lemas - Utusan Malaysia

Warga Indonesia hilang ketika menangkap ikan ditemukan mati lemas

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat lelaki warga Indonesia yang lemas ketika menangkap ikan di lombong di Bidor. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di kawasan lombong di Kampung Baru Pekan Pasir di Bidor semalam, ditemukan mati lemas.

Mangsa berusia 25 tahun itu ditemukan pada pukul 11.34 pagi ini oleh pasukan bomba kira-kira tiga meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.46 petang, semalam.

Katanya, skop pencarian dibahagikan kepada tiga teknik iaitu operasi mencari dan menyelamat di permukaan air menggunakan aset marin dengan radius kawasan pencarian diperluas dalam lingkungan 20 hingga 35 meter.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) juga diarah melakukan pencarian di dasar lombong dengan kedalaman lebih tiga meter manakala unit K9 bomba pula mengenal pasti lokasi sebenar mangsa.

“Mayat mangsa ditemukan kira-kira tiga meter dari lokasi terakhir dia dilihat dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya