PETALING JAYA: Wanita maut dikhuatiri terjatuh dari tingkat empat di pusat beli-belah, 1 Utama di Bandar Utama, Damansara di sini hari ini.
1 Utama dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada tengah hari tadi dan pihaknya telah mengambil tindakan lanjut berhubung insiden berkenaan.
“Kes tersebut kini telah diserahkan pada pihak polis untuk siasatan lanjut.
“Kami bersimpati dengan kejadian ini dan mereka yang mempunyai sebarang masalah atau isu mental boleh menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Befrienders (03-76272929),” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.- UTUSAN ONLINE