Wanita kongsi gambar bogel diperas ugut - Utusan Malaysia

Wanita kongsi gambar bogel diperas ugut

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penuntut institut pengajian tinggi antara dijerat sindiket yang memperdaya mangsa dengan mengugut menyebarkan gambar atau video bogel bagi mendapatkan wang mudah.

Malah, sebelum itu mangsa ‘diajak’ berkongsi gambar atau video bogel kepada suspek selain supek sendiri merakam video menerusi panggilan video yang dilakukan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sejak Januari sehingga kini, pihaknya menerima sebanyak 21 laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa yang terjerat itu sudah membuat bayaran membabitkan kerugian sebanyak RM38,788 bagi tempoh sama.

“Kebanyakan mangsa yang terjerat mengenali suspek menerusi media sosial selain dilakukan bekas suami dan teman lelaki sendiri.

“Suspek akan membuka pakaian terlebih dulu sebelum mengajak individu terbabit untuk berbogel sama dan merakam perbuatan itu. Tujuan rakaman dibuat adalah untuk memeras ugut mangsa dan sekiranya mangsa tidak membayar mereka akan menyebar gambar atau video dalam media sosial atau kepada ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, pihak polis telah mengenal pasti 12 mangsa yang terbabit dan membuat bayaran kepada individu yang memeras ugut.

Ujarnya, setakat ini sebanyak dua kes sudah dituduh di mahkamah manakala 19 kes lagi masih dalam siasatan.

“Polis menasihatkan masyarakat supaya bijak menggunakan media sosial dan perlu diingatkan sebarang aksi langsung di media sosial mudah dirakam oleh pihak kedua,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya