PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis (13 Mei) ini.
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang antara lain melarang amalan ziarah-menziarahi termasuk larangan ziarah kubur.