JAKARTA: Umat Islam pengikut Aboge (Alif Rebo Wage) di kebanyakan kawasan di wilayah Banyumas, Jawa Tengah, melaksanakan solat sunat Aidilfitri yang diraikan hari ini.
Ini jelas berbeza dengan pemerintah yang menetapkan hari raya Aidilfitri jatuh pada 13 Mei
Tinjauan Antara di Desa Cikakak, Wangon yang merupakan pusat penyebaran Islam Aboge sepeti dipetik CNN Indonesia mendapati, penduduk setempat berduyun-duyun ke Masjid Jami Baitussalam untuk solat sunat Aidilfitri.
Sebahagian jemaah membawa ‘rantang’ berisi makanan untuk kenduri sebaik sahaja solat sunat Aidilfitri.
Pengikut Islam Aboge mendakwa tidak berdepan perbezaan hari penetapan Aidilfitri yang diumumkan pemerintah.
Kiai Sulan berkata, penganut Islam Aboge mempunyai perhitungan sendiri untuk menentukan 1 Syawal.