Tunjuk jarum suntikan dahulu kepada penerima vaksin - Utusan Malaysia

Tunjuk jarum suntikan dahulu kepada penerima vaksin

DR. DHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah diisi dengan vaksin mengikut kuantiti ditetapkan kepada penerima vaksin, sebelum melakukan suntikan.

Itu antara arahan tambahan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam prosedur operasi standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia berikutan dakwaan insiden pemberian dos yang kurang daripada sepatutnya bagi vaksin AstraZeneca di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), yang mula tular dalam media sosial sejak 20 Mei lalu.

Bagaimanapun, kata beliau, KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sedang membuat siasatan lanjut mengenai perkara tersebut.

“Sebagai langkah memastikan kualiti pengendalian vaksin AstraZeneca untuk Covid-19 berada pada tahap optimum, KKM menetapkan arahan tambahan dalam SOP kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca.

“Selain itu, penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adham, penambahbaikan dalam SOP pemberian vaksin itu akan diperluaskan ke semua PPV yang lain.

Di samping itu, katanya, pemantauan rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.

“KKM akan sentiasa memastikan Program Pemberian Vaksin AstraZeneca dilaksanakan dengan jayanya dan selamat untuk penduduk Malaysia,” katanya.
-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya