TURUN PADANG…Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini berkesempatan meninjau operasi sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol USJ, Subang Jaya.


Selain meninjau pematuhan prosedur operasi standard, beliau turut memberikan sumbangan hari raya Aidilfitri kepada anggota polis yang bertugas di SJR berkenaan.
Tinjauan turut disertai Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
SJR dikuatkuasakan susulan larangan rentas negeri dan daerah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.
Semalam, Malaysia mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 hampir mencecah 5,000 kes. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
