Timbalan Pengerusi Tetap UMNO meninggal dunia - Utusan Malaysia

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO meninggal dunia

Rizuan Abd Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd. Hamid meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 10.53 malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui akaun media sosial miliknya.

“Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia telah kembali ke rahmatullah.

“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para syuhada dan para solihin, al-fatihah,” katanya.

Rizuan disahkan positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei dan dipindahkan ke ICU pada hari yang sama.

Isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad yang merupakan bekas Ketua Auditor Negara turut menerima rawatan di ICU di PPUM. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya