Tiga lelaki direman bantu siasatan kes bunuh - Utusan Malaysia

Tiga lelaki direman bantu siasatan kes bunuh

TIGA lelaki direman bagi membantu siasatan kes bunuh pada 27 Mei lalu ketika permohonan reman terhadap mereka di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga lelaki direman bagi membantu siasatan kes bunuh  berkaitan penemuan satu mayat lelaki terapung di Sungai Kinta, di sini, 27 Mei lalu.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Azuratul Akmar Abdul Ghafar yang memerintahkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 6 Jun 2021.

Terdahulu ketiga-tiga suspek tersebut yang berusia 21 hingga 34 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh sekitar jam 10.40 pagi dengan diiringi anggota polis.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Khamis lalu, mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh ditemui terapung di Sungai Kinta di sini dalam keadaan muka dan tangan kirinya telah hancur.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, mangsa warga tempatan berusia 40 tahun ditemukan orang awam yang kemudiannya bertindak mengikat tangan kepada sebatang kayu bagi mengelakkannya terus hanyut sebelum melaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, ketika ditemui mayat tersebut masih berseluar panjang berwarna gelap namun tidak memakai baju dan tidak berkasut.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya