Tiga jururawat berkunjung ke rumah rakan dikuarantin dikompaun RM4,000 seorang - Utusan Malaysia

Tiga jururawat berkunjung ke rumah rakan dikuarantin dikompaun RM4,000 seorang

GAMBAR yang tular di media sosial mengenai tiga jururawat mengunjungi rumah rakan mereka yang dikenakan perintah kuarantin di rumah di Kampung Pulau Tengah, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tiga jururawat sebuah hospital swasta di sini masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tiga jururawat berusia 34 hingga 45 tahun itu didapati mengunjungi rumah rakan mereka di di Kampung Pulau Tengah di sini. 

Katanya, mereka berkunjung ke rumah tersebut bertujuan menyampaikan sumbangan selepas rakan terbabit menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Katanya, gambar tiga wanita yang menyampaikan sumbangan itu kemudian dimuat naik ke Facebook dan tular.

“Polis kemudian mengesan penama Facebook terbabit pada pukul 9.10 malam semalam dan dia mengaku melakukan kesalahan tersebut bersama dua lagi rakannya sebelum hadir di balai polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Adzli, hasil soal siasat berpandukan gambar yang tular berkenaan didapati ketiga-tiga jururawat terbabit tidak mematuhi SOP PKP dan dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 seorang.

“Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 (Aktiviti Terlarang Nombor 1),” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya