PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan tiada siaran langsung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Covid-19 atau pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diadakan pada hari ini.
Justeru, MKN meminta rakyat menghentikan penyebaran berita tidak benar.
“Tiada siaran langsung YAB Perdana Menteri berkaitan Covid-19 atau PKP akan diadakan pada hari ini.
“Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi, ” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Sejak awal pagi ini, tular sebuah poster pengumuman khas Perdana Menteri mengenai Covid-19 pada pukul 9 malam.
Berdasarkan semakan, poster berkenaan adalah poster lama pada April tahun lalu. -UTUSAN ONLINE