Tiada kenyataan media PKP dalam bahasa Inggeris - Pejabat Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Tiada kenyataan media PKP dalam bahasa Inggeris – Pejabat Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan media berhubung keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam bahasa Inggeris sebagai mana tular di media sosial.

Sebaliknya, Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa kenyataan itu hanya dikeluarkan dalam versi bahasa Melayu.

“Merujuk kepada kenyataan media Perdana Menteri berhubung pelaksanaan PKP berbahasa Inggeris yang tular dan didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, ingin ditegaskan bahawa pejabat ini hanya mengeluarkan kenyataan yang dimaksudkan dalam bahasa Melayu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada ketika ini tular di media sosial tangkap layar yang memaparkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kenyataan kononnya dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana disebarkan Isnin lalu.

Ia berkaitan penggunaan frasa Aidilfitri circumcision prayers sebagai terjemahan kepada ‘solat sunat Aidilfitri’.

Bagaimanapun, berdasarkan semakan, frasa dalam bahasa Inggeris itu adalah terjemahan menggunakan aplikasi Google Translate.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya