Tempat meletak kereta kuarters polis terbakar - Utusan Malaysia

Tempat meletak kereta kuarters polis terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira sembilan kenderaan musnah terbakar di tempat meletak kenderaan Kuarters Balai Polis Subang di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu melibatkan sebuah kereta Honda Civic dan lapan buah motosikal dipercayai diletakkan di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.18 petang dan sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba, kita dapati tempat meletak kenderaan kuarters tersebut terbakar dan memusnahkan beberapa kenderaan di situ.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 2.46 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya