Tahanan suspek rogol cuba lari gagal - Utusan Malaysia

Tahanan suspek rogol cuba lari gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Tindakan seorang tahanan lelaki yang juga suspek kes rogol melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Selayang semalam, gagal berikutan tindakan pantas anggota polis yang mengawalnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, tahanan berusia 39 tahun itu bertindak melompat dari katil sebelum berlari ke arah luar hospital dalam keadaan tangan kiri masih bergari.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh yang ditugaskan untuk menjaga suspek mengejar dan menahannya kira-kira 120 meter dari lokasi kejadian.

“Semasa proses tangkapan, berlaku pergelutan dan seorang daripada anggota mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Arifai, suspek sebelum itu dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan kerana mengalami penyakit sawan pada Ahad lalu, dan ditahan reman tujuh hari di IPD Sungai Buloh, bagi membantu siasatan kes rogol.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

“Pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

“Dalam kes ini, pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti punca kejadian itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya