SWM Environment pastikan pantai PD bersih semasa Aidilfitri - Utusan Malaysia

SWM Environment pastikan pantai PD bersih semasa Aidilfitri

SERAMAI 63 orang pekerja SWM Environment membersihkan Pantai sekitar Port Dickson sepanjang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyediakan seramai 63 orang pekerja pembersihan pantai sekitar Port Dickson sepanjang cuti perayaan Aidilfitri.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata,
sebanyak 18 buah pantai di sekitar Port Dickson berada di bawah perkhidmatan SWM Environment yang akan dipastikan berada dalam keadaan bersih.

“Pekerja pembersihan pantai akan memulakan kerja-kerja pembersihan pada pukul enam pagi sehingga 4.30 petang setiap hari walaupun negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pihak SWM Environment turut menyediakan sejumlah 221 tong sampah beroda berkapasiti 120 liter dan 1,100 liter bagi kegunaan pengunjung pantai melupuskan sisa yang dijana di pantai Port Dickson,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norlisam, orang ramai diseru untuk membuang sampah ke dalam tong-tong sampah yang disediakan di setiap pantai dan melaksanakan amalan kitar semula.

“Membudayakan amalan tersebut dalam kehidupan seharian dapat mengurangkan janaan sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.

“Melalui amalan tersebut juga, jangka hayat sesebuah tapak pelupusan dapat dipanjangkan dan mengurangkan pelepasan karbon sebagai langkah bijak dalam melestarikan alam sekitar demi generasi masa hadapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya