Suspek tikam bekas abang ipar direman - Utusan Malaysia

Suspek tikam bekas abang ipar direman

SUSPEK berusia 32 tahun tiba di pekarangan Mahkamah Ayer Keroh, Melaka kira-kira pukul 10.15 pagi. - UTUSAN DIYANATUL/ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suspek lelaki yang melarikan diri dalam kejadian menikam mati bekas abang iparnya membabitkan isu perebutan anak di Jalan Berangan Enam, Umbai dekat sini diberkas semalam dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 20 Mei itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Lee Kim Keat terhadap suspek berusia 32 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang memakai baju lokap tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.15 pagi tadi dengan diiringi lebih tiga anggota polis dan permohonan reman selesai pada 20 minit kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, suspek yang juga penganggur diberkas kira-kira pukul 6.30 petang semalam di hadapan Masjid As-Salimin KM8, Kampung Kandang.

“Ketika serbuan dibuat, suspek cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada unit Siasatan Khas (D9) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, senjata yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut bagaimanapun tidak ditemui dan pihaknya sedang mengesan bahan bukti tersebut.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, seorang ejen peralatan rumah maut selepas ditikam oleh bekas adik ipar yang mengamuk ingin mengambil dua orang anak perempuannya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah bertindak melarikan diri selepas kejadian.

Suspek yang dipercayai turut membawa pisau sepanjang anggaran enam inci cuba ditenangkan oleh mangsa, namun berlaku pergelutan sehingga dia bertindak menikam bekas abang iparnya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya