Surat kerja tidak perlu cap PDRM - Utusan Malaysia

Surat kerja tidak perlu cap PDRM

Polis membina sekatan jalan raya bagi memastikan pematuhan SOP Covid-19 bagi mencegah penularan Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekali lagi menegaskan surat kebenaran kerja tidak memerlukan cap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu menjawab segala persoalan timbul ekoran rungutan orang ramai yang disoal anggota polis ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) pada hari pertama larangan rentas daerah dan negeri di seluruh negara bermula hari ini.

“Salam.. @PDRMsia @PDRMsia_Trafik mohon maklum ya. Surat MITI untuk tujuan kerja tidak perlu dicap,” kata ciapan kementerian itu dalam Twitternya hari ini.

Semalam MITI memaklumkan untuk makluman pergerakan rentas daerah atau negeri untuk tujuan kerja tidak perlu surat PDRM dan hanya memadai surat MITI dan surat majikan atau pas pekerja.

Dalam pada itu, MITI menegaskan, para pekerja yang menyalahguna surat MITI untuk tujuan lain akan berdepan tindakan undang-undang.

“Ia tidak boleh disalahguna untuk pergerakan atas tujuan peribadi atau pergerakan bersama keluarga atau rakan. Kod QR di dalam surat MITI mempunyai maklumat pendaftaran syarikat termasuk senarai nama pekerja yang boleh diimbas oleh pihak PDRM,” kata kementerian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya