Sorok dadah dalam reban ayam - Utusan Malaysia

Sorok dadah dalam reban ayam

SEBAHAGIAN dadah yang dirampas polis semasa serbuan di sebuah reban ayam di Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis menumpaskan satu kegiatan pengedaran dadah di daerah Seberang Perai Utara selepas melakukan serbuan di kawasan reban ayam di Taman Ampang Jajar, Mak Mandin, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun dan merampas dadah bernilai RM21,320.

Jelas beliau, ketika serbuan polis turut merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 53 gram bernilai RM5,300 dan empat biji pil erimin 5 (RM60) daripada suspek.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, polis kemudiannya merampas sebanyak 456 gram dadah jenis heroin bernilai RM15,960 yang disorok di dalam reban ayam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek turut positif dadah dan pihaknya menyita tiga buah motosikal bagi siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya