Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di Pahang dengan jemaaah menerusi jemputan - Utusan Malaysia

Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di Pahang dengan jemaaah menerusi jemputan

ZULKIFLE ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membenarkan solat sunat Aidilfitri dengan bilangan jemaah dihadkan hanya 50 orang di masjid dan 20 orang di surau.

Pengarah JAIP, Datuk Dr. Zulkifle Ali berkata, bagaimanapun kehadiran jemaah ditentukan secara jemputan oleh pihak pengurusan masjid dan surau masing-masing.

“Solat sunat Aidilfitri hanya dibenarkan dengan bermula takbir hari raya bermula pukul 7.30 pagi pada pagi raya sehingga selesai pada pukul 9.30 pagi dan tidak melibatkan imam dari luar Pahang.

“Namun begitu ia juga dibenarkan untuk diadakan di rumah masing-masing melibatkan ahli keluarga serumah sahaja.

“Takbir malam hari raya di masjid dan surau dibenarkan sehingga pukul 10 malam sahaja dan amalan takbir hari raya dari rumah ke rumah, ziarah tanah perkuburan dan ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu Zulkifle berkata, kegagalan mematuhi SOP, mengawal jemaah, termasuk jumlah jemaah melebihi kapasiti dibenarkan dan aktiviti dilakukan di luar waktu dibenarkan boleh menyebabkan kebenaran dibatalkan.

“Pihak masjid dan surau perlu mematuhi pekeliling, arahan sedia ada dan arahan dari masa ke masa yang dikeluarkan JAIP terutama melibatkan had umur jemaah iaitu mereka yang berusia 12 tahun dan ke bawah dan warga emas berusia 75 tahun dan ke atas; adalah tidak dibenarkan.

“Pemantauan dan pemeriksaan secara mengejut akan dibuat pasukan pemantau untuk memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

“Mana-mana masjid, surau dan jemaah yang didapati gagal mematuhi SOP dan disahkan berlakunya penularan Covid-19 disebabkan aktiviti sempena Aidilfitri yang dibenarkan bakal berdepan tindakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya