Solat Aidilfitri di pekarangan rumah - Utusan Malaysia

Solat Aidilfitri di pekarangan rumah

PANDANGAN dari udara penduduk menunaikan solat sunat Aidilfitri di depan rumah di Taman Medan Klebang Restu, Chemor di Ipoh hari ini. - UTUAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penduduk sembilan taman perumahan dalam kariah Masjid Jamek Taman Klebang Restu, Chemor di sini menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah di pekarangan rumah sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam masa sama, penduduk juga menunaikan solat berjemaah di pekarangan rumah bersama ahli keluarga masing-masing.

Solat sunat Aidilfitri hari ini dilaksanakan di lapan lokasi termasuk di masjid yang mana setiap lokasi bilangan jemaahnya dihadkan kepada 50 orang seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Penduduk mula berkumpul pada pukul 7.30 pagi dan solat dimulakan apabila bilangan jemaah cukup 50 orang.

Pengerusi Masjid Jamek Klebang Restu, Mohd. Khir Napiah berkata, idea menunai solat sunat Aidilfitri di laluan atau lorong di pekarangan rumah bertujuan memberi peluang lebih ramai ahli kariah menunaikan solat.

Menurutnya, bilangan kariah masjid berkenaan agak besar iaitu kira-kira 8,000 hingga 9,000 buah keluarga Islam melibatkan sembilan taman perumahan.

PENDUDUK menunaikan solat sunat Aidilfitri di depan rumah di Taman Medan Klebang Restu, Chemor di Ipoh. – UTUAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

“Untuk meraikan 50 orang bersolat di masjid seperti yang ditetapkan oleh JAIPk, ia satu tempoh yang singkat, jadi kita buat solat sunat di kawasan lapang iaitu lorong atau laluan depan rumah kawasan perumahan di sini.

“Keseluruhannya ada lapan lokasi solat sunat Aidilfitri pagi ini dan imam yang bertugas dengan rela hati, duduk pun tak selesa serta berpanas untuk meraikan anak kariah,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, Imam Masjid Jamek Taman Klebang Restu, Syed Mohd. Muzaffar Syed Azlan berkata, menunaikan solat di kawasan terbuka seperti yang dilakukan penduduk di sini hari ini membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan solat dan dapat membendung jangkitan Covid-19.

“Kita patuh SOP ditetapkan yang mana setiap jemaah wajib membawa sejadah, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya