Simpan 1,000 koleksi tudung - Utusan Malaysia

Simpan 1,000 koleksi tudung

PELANGGAN mengunjungi sebuah kios menjual tudung di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Simpan sehingga 1,000 koleksi tudung, itulah yang dilakukan peminat tegar tudung bawal, Nurul Huda Ahmad Lut­fi, 33.

Menurutnya, tudung jenis itu dikumpul sejak dia berada di bangku sekolah sehingga kini.

“Koleksi tudung bawal saya daripada pelbagai jenama biasa dan tidaklah mahal. Pa­ling mahal sekitar RM85 sehelai. Saya sukakan tudung bawal kerana lebih versatil selain selesa dipakai dan tidak panas,” katanya.

Nurul Huda merupakan sebahagian daripada wanita Kelantan yang sering dilabel ‘suka jangok’ atau gemar berhias dan turut obses membeli pelbagai jenis tudung.

Malah setiap tahun, ada sahaja dalam kalangan mereka sanggup membeli tudung raya dari ‘kayangan’ yang nilainya mencecah puluhan ribu ringgit untuk dilaram di pagi Syawal atau dalam majlis tertentu.

Terbaharu seorang usahawan dari Kota Bharu menempah tudung jenama Bawal Exclusive (BE) bernilai RM75,000 dan dilaporkan akhbar ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata wanita Kelantan memberitahu mereka memperuntukkan sehingga RM500 sebulan bagi membeli tudung dan bajet akan mening­kat mencecah RM1,000 menje­lang Aidilfitri dan Aidiladha.

Pegawai di sebuah agensi kerajaan negeri, Rosmiza Kassim berkata, sudah menjadi kebiasaan untuknya membeli setiap kali ternampak gerai atau butik jualan tudung tanpa me­ngira musim.

Wanita berusia 38 tahun itu berkata, tudung bawal paling digilainya dan setakat ini, dia sudah memiliki ratusan tudung bawal keluaran BE sebagai koleksi peribadi.

“Jika ternampak gerai tudung bawal saya wajib singgah, walaupun baru membelinya sehari sebelum itu. Saya juga sanggup kumpul duit untuk pastikan koleksi terkini keluaran BE menjadi milik saya.

Turut obses dengan tudung bawal, pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Ke­sedar), Akmalia Razak, 33, yang mengakui pernah mem­belanjakan RM700 sekali gus bagi membeli lima tudung jenama BE.

Pegawai tadbir kewangan, Nur Hazwani Zakaria, 25, pula berkata, dia lebih meminati tudung selendang panjang yang disifatkan elegan, de­ngan hampir 200 helai tudung jenis itu menjadi koleksinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya