Senarai pertama HIDE hanya babitkan kawasan panas berskala besar - Utusan Malaysia

Senarai pertama HIDE hanya babitkan kawasan panas berskala besar

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Senarai 150 lokasi dan premis yang tersenarai di bawah sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) baru-baru ini membabitkan titik panas (hotspot) berskala besar sahaja.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, senarai itu dikeluarkan berdasarkan potensi tinggi kemungkinan penularan jangkitan wabak di lokasi dan premis berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya memilih untuk tidak menyenaraikan kesemua senarai hotspot bagi mengelak situasi panik dalam kalangan masyarakat.

“Kita hanya tumpukan kepada hotspot yang berskala besar,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya menerima banyak pertanyaan mengenai kenapa premis dan lokasi lain tidak disenaraikan sama sedangkan ia turut berpotensi menyebabkan penularan wabak.

Khairy berkata, senarai 150 di bawah HIDE itu tidak hanya membabitkan pasar raya besar dan premis runcit sebaliknya ia turut merangkumi pejabat dan beberapa jenis premis lain.

Jelasnya lagi, premis dan lokasi yang tersenarai itu berpotensi untuk disenaraikan semula sekiranya ia masih mempunyai risiko penularan yang sama.

Pada sidang akhbar sebelum ini, Khairy memaklumkan, pihaknya mengesan 1,660 lokasi berisiko mencetuskan kluster baharu susulan pelaksanaan sistem HIDE.

Menurutnya, antara lokasi berisiko yang dikesan seperti bazar, pejabat, pusat beli belah dan pasar raya, malah, majlis sosial juga tersenarai.

Senarai pertama HIDE dikeluarkan Sabtu lalu membabitkan 150 lokasi dan premis yang mempunyai potensi sebagai titik panas penularan Covid-19.

Antara yang mendominasi senarai ialah pusat membeli belah terkemuka di Lembah Klang termasuk lokasi lain seperti pasar, hotel, kedai runcit, masjid dan bazar Ramadan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya