Sebar, hasut tolak vaksin boleh diambil tindakan - Utusan Malaysia

Sebar, hasut tolak vaksin boleh diambil tindakan

TAKIYUDDIN bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Golongan antivaksin yang menyebar maklumat salah serta cuba menghasut orang lain supaya tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh diambil tindakan undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, antara peruntukan sedia ada boleh dikenakan terhadap mereka termasuk Akta Hasutan 1948.

Katanya, golongan itu juga boleh disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang di bawah Ordinan Darurat 2021.

“Sehubungan itu tiada keperluan untuk menggubal satu undang-undang baharu antivaksin.

“Antivaksin merupakan satu kesalahan. Jika cakap, mereka sudah boleh dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, kerajaan belum membuat keputusan berhubung kompaun terhadap individu yang gagal hadir janji temu suntikan vaksin Covid-19.

Kata beliau, setakat ini dasar kerajaan mengenai suntikan adalah percuma dan secara sukarela.

“Terpulang kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) serta Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk mengendalikan isu ini.

“Saya percaya kerajaan sedang memikirkan perkara itu sebab kita tidak tidak mahu berlaku pembaziran,” katanya.-  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya