Satu kluster baharu wujud di Perlis - Utusan Malaysia

Satu kluster baharu wujud di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Kes pandemik Covid-19 di Perlis menunjukkan peningkatan termasuk dengan wujudnya satu kluster baharu dikenali sebagai kluster Jalan Kampung Bakau yang mula dikesan sejak 14 Mei lalu.

Setakat ini, kluster yang melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kampung Bakau di sini itu telah melibatkan tujuh kes positif.

Hari ini, Perlis mencatatkan enam kes baharu dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 setakat ini sebanyak 22 kes.

Manakala kes import aktif pula mencatatkan lapan kes setakat ini.

Enam kes baharu hari ini masing-masing melibatkan mukim Arau; Kechor dan Utan Aji.

Kes 394-396 di mukim Arau membabitkan ahli keluarga yang tinggal serumah dan dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 iaitu rakan sekerja di sebuah pusat pengajian tinggi dari Kedah.

Bagi kes 397 dan 398 di mukim Kechor membabitkan ahli keluarga yang tinggal serumah dan dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes 389 iaitu merupakan kluster Jalan Kampung Bakau.

Kes 399 pula melibatkan mukim Utan Aji yang merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 iaitu ahli keluarga di Pulau Pinang yang pulang ke Perlis .

Sehingga kini, jumlah terkumpul kes Covid-19 di Perlis adalah sebanyak 399 dengan jumlah sembuh pula direkodkan sebanyak 366 dengan tiga kematian. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya