Sampah di Pulau Jerejak dari arus laut, bukan dibuang pihak tertentu - Utusan Malaysia

Sampah di Pulau Jerejak dari arus laut, bukan dibuang pihak tertentu

PHEE Boon Pooh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sampah-sarap yang terdapat di Pulau Jerejak bukan dibuang oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab sebaliknya dibawa arus laut ke kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata, siasatan pihaknya mendapati sampah di Pulau Jerejak itu adalah sampah yang terdapat di laut.

“Arus laut kemudian membawa sampah-sarap berkenaan sehingga tersangkut di sangkar ikan dan ada juga yang tersangkut di pukat nelayan.

“Sampah berkenaan dikutip oleh nelayan dan diletakkan di satu kawasan di Pulau Jerejak, sebelum kemudiannya akan diangkut oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ke tapak pembuangan sampah di darat mengikut waktu yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri mendedahkan hasil siasatan dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap pihak yang terlibat dengan kejadian pembuangan sampah di Pulau Jerejak, di sini baru-baru ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, gesaan itu dibuat memandangkan masalah yang berlaku di situ adalah serius dan memberi kesan buruk yang berpanjangan ke atas alam sekitar, hidupan marin dan kehidupan nelayan tempatan.

Menurut Boon Poh, pihaknya berterima kasih kepada CAP yang prihatin dengan isu membabitkan alam sekitar di negeri ini dan membantu menyalurkan maklumat kepada kerajaan negeri.

“Maklumat yang diberikan oleh CAP ini membantu pihak kami menyelesaikan isu-isu berkaitan alam sekitar.

“Namun, isu membabitkan Pulau Jerejak bukanlah disebabkan oleh pembuangan sampah secara haram oleh mana-mana pihak,” katanya.

Tambahnya, kawasan Pulau Jerejak juga tidak mempunyai kawasan yang diduduki oleh orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya