Sabah sekat kemasukan dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka - Utusan Malaysia

Sabah sekat kemasukan dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sabah sekat kemasukan dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk menyekat kemasukan individu dari empat negara iaitu Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka berkuat kuasa hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sekatan itu dilakukan sebagai langkah mencegah kemasukan varian baharu Covid-19.

Namun, pengecualian masuk ke Sabah diberikan kepada rakyat Sabah, pasangan suami isteri dan anak kepada rakyat Sabah sahaja.

“Bagaimanapun, mereka harus menjalani prosedur kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Menurutnya, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari keempat-empat negara itu dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan menjalankan prosedur ‘signoff’ di Sabah. 

Akan tetapi, pengecualian diberi kepada kru warga Malaysia dan mereka wajib menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan

Pada 28 Mac lalu, Kerajaan negeri Sabah turut menyekat kemasukan dari lima negara iaitu India, Perancis, Amerika Syarikat, Afrika dan Brazil bagi menghalang kemasukan varian baharu Covid-19 yang dikesan di India. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya