Rumah tumpangan jadi pusat judi diserbu - Utusan Malaysia

Rumah tumpangan jadi pusat judi diserbu

OSMAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Tindakan licik satu sindiket menjadikan sebuah rumah tumpangan di Taman Sri Hijau di sini sebagai pusat perjudian terbongkar selepas enam lelaki termasuk warga emas ditahan semalam.

Tangkapan ke atas suspek berusia 55 hingga 75 tahun itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, pada pukul 4 petang.

Difahamkan, premis berkenaan baharu saja beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Taiping di Daerah Larut, Matang dan Selama sejak 22 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ketika serbuan dijalankan, kesemua suspek sedang leka berjudi dan tidak menyedari kehadiran polis.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk berjudi dan beberapa keping wang tunai.

“Kesemua lelaki itu ditahan dan dibawa ke IPD Taiping untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 selain dikenakan kompaun atas kesalahan berkumpul,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, sebanyak 50 kompaun dikeluarkan ke atas individu bagi kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dalam tempoh PKPD sehingga semalam.

“Orang ramai diingatkan agar tidak cuba memasuki atau keluar dari mana-mana kawasan PKPD secara salah. Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas mereka yang ingkar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya