RM3,000 pasang bendera tanda solidariti Palestin - Utusan Malaysia

RM3,000 pasang bendera tanda solidariti Palestin

AZHAR Hashim (kiri) bersama golongan anak muda memegang Palestin sebagai tanda solidariti ketika memasang bendera negara berkenaan di Kampung Parit Haji Taib 3, Bagan Serai. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Sebanyak RM3,000 dibelanjakan untuk memasang 250 pelbagai bendera termasuk Jalur Gemilang, bendera Palestin dan bendera negeri-negeri sebagai tanda solidariti anak muda di Kampung Parit Haji Taib 3 di sini terhadap rakyat Palestin yang dizalimi tentera rejim Zionis.

Menurut jurucakap kumpulan berkenaan, Noramin Hassan, 30, kos memasang bendera itu adalah hasil kutipan daripada penduduk kampung terutama golongan belia.

Katanya, bendera berkenaan dipasang dari laluan ban tali air Parit Haji Taib 2 hingga ke Kampung Parit Haji Taib 3.

“Bendera dipasang berselang seli di antara Jalur Gemilang, bendera negeri Perak dan bendera Palestin yang bermula dari laluan atas Ban Tali Air Parit Haji Taib 2 dan melalui atas jambatan yang menghubungkan ke kampung kami di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Katanya, turut akan dipasang ialah tiga helai bendera bendera Palestin bersaiz besar.

“Ia akan dipasang berdekatan jambatan di kampung ini dalam minggu ini,” katanya.

Kesungguhan golongan anak muda itu menunjukkan suara solidariti kepada rakyat Palestin mendapat sokongan daripada pemimpin setempat.

Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Azhar Hashim berkata, sifat muafakat dan bergotong-royong anak muda dalam membahagi-bahagikan tugas sesama mereka sebagai menunjukkan solidariti dalam isu Palestin, perlu diberi pujian.

“Sifat sebegini jarang ada dalam kalangan anak muda zaman ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid At Tarmizi, Muhammad Fitri Jelani berkata, usaha itu menunjukkan golongan muda sentiasa peka terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara.

“Saya menyokong tindakan kesepakatan mereka menunjukkan semangat solidariti terhadap Palestin, jangan lupa berdoa agar rakyat Palestin sentiasa berada di dalam lindungan Allah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya